Buah Naga #shorts
BUAH naga adalah sejenis buah tropika yang memiliki bentuk yang unik kerana memiliki kulit luar seperti duri.
Rasanya yang manis dan masam itu membuatkan buah eksotik yang berasal dari Amerika Tengah ini sering menjadi pilihan sama ada untuk dimakan atau dijadikan jus untuk diminum.
Namun tahukah anda, buah ini memiliki pelbagai khasiat seperti vitamin C, karotena mineral dan fitoalbumin kepada kesihatan termasuk melambatkan proses penuaan, mencegah kanser dan meningkatkan sistem imun badan?
Terdapat beberapa manfaat kepada kesihatan, antaranya:
MELAMBATKAN PROSES PENUAAN
Buah ini kaya dengan antioksidan yang tinggi dan mengandungi vitamin C yang boleh membantu untuk kekal awet muda, kulit anjal dan mulus. Ia juga bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.
MENCEGAH KANSER
Kandungan karotena menjadi agen anti kanser yang mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena dapat mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.
KENCING MANIS DAN DIABETIS
Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membuat perut kenyang lebih lama. Selain itu membantu menstabilkan tahap gula dalam darah.
MENINGKATKAN SISTEM IMUN
Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun badan mencegah jangkitan penyakit dengan melindungi sel darah putih.
KESIHATAN KARDIOVASKULAR
Antioksidan yang boleh didapati pada
buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik.
Selain itu, biji buah naga juga mengandungi lemak omega-3 dan omega-6 yang dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam badan.
TULANG SIHAT
Kandungan magnesium yang terdapat di dalam buah ini mampu untuk menjaga tulang.
PENGHADAMAN DAN PENCERNAAN
Buah naga ini dapat membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik di usus yang baik untuk saluran pencernaan.
Kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman.
#buahnaga
#dragonfruit