COVID-19

Vitamin C vs Virus

Assalamualaikum , whats cracking guys. Dalam video ni kita nk tgk adakah Vit C mampu mencegah jangkitan Virus.

Over view Vitamin C
Vitamin C atau dikenali sebagai ascorbic acid adalah sejenis water soluble or vitamin yg larut air yg diperlukan oleh badan kita untuk menghasilkan collagen dalam tulang, otot, cartilage, membantu dalam penyerapan zat besi dlm ibu mengandung. Selain dari itu, Vit C ini juga membantu lindungi cells kita daripada free radicals dan merupakan antioxidant yg kuat. Tetapi yangg paling menarik tentang vit C ini adalah kemampuan ia utk membantu imunisasi badan kita bekerja dgn lebih baik.

Perlu di ingatkn bahawa badan kita tidak mampu menghasil kan vit C ini, jadi kita perlu mendapatkannya dari sumber diet atau pun supplements. Brpa banyak kita perlukan sehari? RDA atau pun recommended dietary allowance bg non smoker lelaki dewasa adalah 90mg/day dan 75mg bg wanita. Bagi golongan yg merokok nilai nya adalah sedikit tinggi iaitu + 35mg/day. Ini adalah kerana merokok meningkatkan oxidative stress dan metabolic turn over vitamin C. Antara contoh makanan yang tiggi dalam vitamin C adalah buah jambu batu, betik, broccoli dan nenas.

Effects of vitamin c terhadap virus
Kita semua pernah terkena common cold seperti demam, batuk, selsma, sakit kepala, sakit badan yg selalunya di sebabkan oleh virus influenza.
Vit C sudah lama dikaji utk dijadikan sebagai ubat bg merawat ‘common cold’ tetapi findings sgt inconsistent. Mengikut satu kajian,apabila kita consume Vit C ini, ia terkumpul or concentrated dlm cells2 seperti phagocytes dan cells seperti monocytes sehingga 80 kali ganda berbanding plasma levels. Cells2 seperti ini adalah cells utama yg membantu kita melawan virus.

Setakat ini, kajian tentg vit C yg paling convincing dtg daripada satu kajian 2013 yg review 29 randomized trials dengan participants melebihi 11 ribu org. hasil daripada kajian ini, mereka mendapati daripada golongan yg sgt active seperti marathon runners, skiers ( peluncur ais ), dan askar yg melakukan exrcise extreme, mengambil sekurang2 nya 200mg Vit C sehari mampu mengurangkan duration of common cold ini secara purata kpd 8% dlam dewasa dan 14% dlm kanak2. Erti kata lain mengurangkan sehari shaja dlm tempoh sakit. Kalau sakit 12 hari skrg sakit 11 hari.

Lg satu kajian yg dilakukan dlm tikus pada tahun 2017 menunjukkan apabila se ekor tikus mempunyai high levels of Vit C dan terdedah kepada virus, bdan tikus ini menghasilkan lebih byk interferons, sejenis protin membantu melawan virus. Dgn high levels of interferons ini menyebabkan virus tersebut lebih susah utk replicate dan take over badan tikus tersebut.

Tetapi perlu di highlight dlm kjian ini adalah apabila tikus itu menghidapi flu like symptoms yg teruk, vit C ini tidak memberi apa2 kesan. Mengikut lebih byk kajian, Vit C ini lebih baik digunakan utk prevention rather then cure.

Setakat ini kajian sdg dilakukan whether vit C ini boleh membantu lawan covid 19 dan masih tiada apa2 result.

Take home message
Kalau anda nk benefits dari vit C ini, anda perlu ambil vit C setiap hari dan bukan ketika waktu sakit shja. Terdapat byk kajian yg menunjukkan ketika anda terkena jangkitan kuman, badan anda akan kehilangan vit C dgn cpt dan body demand utk Vit C akan meningkat. Kalau anda susah nk mkn buah for whatever reason, boleh menggunakan supplement Vit C dan jgn lupa utk dpt kn vaccine terhadap virus2 ini utk membantu bdan anda lawan virus2 ini.

#VitaminC #Virus #Covid19 #Kesihatan #Vaccine