Tahap vitamin D tinggi mampu kurangkan risiko kematian akibat Covid-19..
TAHAP vitamin D yang rendah boleh menyebabkan risiko kematian akibat Covid-19 yang lebih tinggi, demikian hasil kajian yang dijalankan. Penyelidikan ini melihat tahap purata vitamin D dari 20 negara Eropah dan dibandingkan dengan kadar jangkitan dan kematian koronavirus. ARTIKEL BERKAITAN: Bagaimanapun data tersebut belum dikaji semula dan diteliti oleh saintis dan penyelidik lain. Sekumpulan saintis dari Hospital Queen Elizabeth Hospital Foundation Trust dan University of East Anglia menulis dalam kajian itu: “Kami percaya dan boleh menasihatkan bahawa suplemen Vitamin D melindungi jangkitan SARS-CoV2.” Maklumat ini menyokong kajian yang dilakukan sebelum ini yang juga mendapati bahawa tahap vitamin D yang lebih tinggi dapat meningkatkan peluang seseorang untuk sembuh dari virus pembunuh itu. Bagi menyokong hasil penemuan itu, University of Granada kini menjalankan percubaan selama 10 minggu untuk mengetahui lebih lanjut selepas Trinity College Dublin mendapati bahawa o …